DBM Updates!

Assalamualaikum! Updates dari AdminDBM :


@@@ WE ARE BACK! Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah !

@@@ PRE ORDER DIBUKA HINGGA 25 MEI 2013 UNTUK SEMUA KOLEKSI. SILA RUJUK ENTRY TERBARU KAMI UNTUK PROMOSI BULAN MEI !

@@@ EPHYRA pula ada harga baru yang lebih berbaloi2 tau, hanya RM 197 sekotak, berbanding RM 228 dahulu! InsyaAllah available setiap masa, ready to deliver to your door step ^___^

*** Harap para pelanggan boleh ke FB kami untuk mengetahui koleksi terkini, harga, produk info serta promosi terkini kami. FB lebih user-friendly;)

FB : DBeauty OfMuslimah


* Untuk 100 Rakan Terawal di FB kami, jangan lupa sertakan KUPON RM10-OFF anda!;)

Monday 6 August 2012

Nantikan Tuneeca "Lady Marmalade" pada 7 Ogos 2012



Salam Nuzul AL-Quran semua! 
Selamat bercuti bagi negeri2 yang bercuti;) 

Be alert ya dengan New Collection Tuneeca yang diberi nama "Lady Marmalade" ni. Kali ini Tuneeca tampil dengan koleksi "Sarimbit". 
Sarimbit tu maksudnya sepasang baju lelaki dan perempuan^^ 


Pihak kami ingin umumkan bahawa Pre-Order akan dibuka untuk Koleksi Tuneeca serta koleksi2 DBM yang lain hingga 15 Ogos 2012. InsyaAllah ETA pada awal September. Masih boleh melaram dengan Tuneeca untuk ke rumah-rumah terbuka sempena Syawal nanti^^ 



P/S : Agen2 borong, Agen2 dropshipper kami, please be alert okehh!! ^__^ 

Salam Ramadhan, 
Fatiha
AdminDBM 



:: Perkongsian ::


Assalamualaikum. Ada sedikit perkongsian.


DBM amat mengalukan pertanyaan tentang menjadi Agen Dropshipping atau pun Agen Borong. Sedaya upaya kami berikan keterangan dan jawap semua soalan yang diajukan terutama pada yang firsttimer, kami sedia bantu, kami seronok kembangkan perniagaan ni, saling bekerjasama untuk lebih maju, bantu orang melayu kita menjana pendapatan walaupun tanpa modal, hanya perlukan effort untuk mempromosikan produk kami (utk agen dropshipper). Kami juga tawarkan komisyen dropshipping dan diskaun borong yang menarik untuk agen-agen semua. 


Malangnya, ada yang dah salah gunakan input2 yang telah kami berikan. Ada yang cuma hendakkan ilmu perniagaan, minta pricelist, minta senarai diskaun, minta katalog (yang tanya supplier dari mana pun ada:p), mereka ni takda langsung tujuan nak buat pesanan atau jadi agen, bila difollow up semula senyap (walhal mulanya serius). Memang sebelum menceburkan diri dalam perniagaan kita perlu buat research, tapi bukan dengan cara ceduk ilmu yang sebegitu. 


Ada yang mengaku reseller pada customer masing-masing dan mengatakan DBM pula yang jadi Agen di bawah mereka (boleh pulak macam tu), sedangkan kami sendiri tidak pernah uar2kan senarai Agen Dropshipping DBM pada umum (alhamdulillah, dah mencecah hampir 3 figure sekarang, walaupun ada segelintir yang pasif) kerana kami hendak menjaga agen dropshipping dan hormatkan perniagaan mereka. Hanya kami yang tahu siapa Agen Dropshipping kami. 


Tak kurang juga segelintir yang daftar sebagai agen dropshipping tapi takda niat langsung nak mempromosikan produk kami kepada pelanggan, cuma hendakkan komisyen dropshipping untuk item yang dipakai sendiri. Harus diingat, sebagai agen dropshipping, anda dibayar komisyen atas effort anda mempromosikan produk kami kepada pelanggan masing-masing. Anda tidak perlukan modal walau 1 sen pun, anda juga tidak bersusah payah ke kaunter kastam untuk menuntut item, jauh sekali membayar duti import. Anda juga tidak perlu bersesak-sesak di kaunter poslaju setiap hari. 


Bukan bererti Agen Dropshipping tak boleh beli barang atau tidak layak dapat diskaun untuk selitkan pesanan diri sendiri, tapi yang paling penting EFFORT anda mempromosikan item-item kami. Kalau langsung tak ada FB/ blog/web, macamana nak jalankan perniagaan online. Kami dah provide senarai harga dan katalog, tapi langsung tidak diupload, adakah itu dinamakan promosi kepada pelanggan? Itu yang kami maksudkan. 


Mungkin ada yang terlupa semasa pendaftaran kami perlukan maklumat seperti URL Website/Blogshop/ID FB setiap yang berminat. Kami boleh monitor promosi produk kami di semua kedai agen. Namun tak pernah kami masuk campur cara agen mengendalikan kedai masing-masing, berapa harga yang ditawarkan dan sebagainya. Kedai anda, anda managelah sebagaimana yang anda inginkan. Cuma silalah hormat produk kami dan jalankanlah tanggungjawab anda yang sepatutnya. Kami tahu siapa yang jalankan promosi dan tidak. 


Ramai agen dropshipping kami yang dah berjaya, alhamdulillah ramai yang aktif hingga sekarang, segelintir yang berjaya mungkin agaknya lupa dengan siapa mereka menapak pada awal dulu dan siapa yang memberi tunjuk ajar, apapun kami tetap gembira melihat kalian dgn bisnes masing-masing, kami tetap monitor perkembangan anda dari hari ke hari. Agen borong kami pula alhamdulillah ada di Raub, Kuantan, Pasir Gudang, Pulau Pinang, Singapura, Kajang, Kota Kinabalu, Bangi, Kuala Lumpur. 


Akhir sekali, jujurlah dalam perniagaan yang kita usahakan sama-sama ni. Saya amat berterima kasih kepada semua pembeli runcit, agen borong dan agen dropshipping yang mempercayai kami selama ini. Moga dengan berkat dan kepercayaan kalian, kami boleh terus maju. 


Salam Ramadhan:)