DBM Updates!

Assalamualaikum! Updates dari AdminDBM :


@@@ WE ARE BACK! Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah !

@@@ PRE ORDER DIBUKA HINGGA 25 MEI 2013 UNTUK SEMUA KOLEKSI. SILA RUJUK ENTRY TERBARU KAMI UNTUK PROMOSI BULAN MEI !

@@@ EPHYRA pula ada harga baru yang lebih berbaloi2 tau, hanya RM 197 sekotak, berbanding RM 228 dahulu! InsyaAllah available setiap masa, ready to deliver to your door step ^___^

*** Harap para pelanggan boleh ke FB kami untuk mengetahui koleksi terkini, harga, produk info serta promosi terkini kami. FB lebih user-friendly;)

FB : DBeauty OfMuslimah


* Untuk 100 Rakan Terawal di FB kami, jangan lupa sertakan KUPON RM10-OFF anda!;)

Tuesday 11 December 2012

Promosi Ephyra Disember 2012!


Berita baik untuk pengguna Ephyra dan 
kepada yang baru nak cuba Ephyra! 

D.O.U.B.L.E    S.A.L.E ! 



Ambil peluang ni tau, boleh kongsi dengan suami/isteri, kawan2, adik beradik, ibu/bapa ataupun buat stok untuk 2 bulan! Jimat banyak tau ^___^ 
Jgn ketinggalan! 

Fatiha
AdminDBM 

Monday 10 December 2012

PENTING : AWAY NOTICE 12/12/12 HINGGA 16/12/12



RALAT PADA TARIKH :

KEDAI TUTUP PADA SELASA, RABU 12/12/12 - AHAD 16/12/12

PENGHANTARAN TERAKHIR PADA PUKUL 12.00 TENGAHARI SELASA, 11/12/12 


Wednesday 28 November 2012

New Pre Order Tuneeca Heritage

Assalamualaikum semua.

Kami baru lepas upload Koleksi Tuneeca Terbaru "Heritage" di Facebook DBeauty OfMuslimah.

Akan ada pertambahan koleksi dari semasa ke semasa tau;) Stay with us!

FB : DBeauty OfMuslimah
Email : dbeautyofmuslimah@gmail.com
SMS / Whatsapp : 012 5466373


Selamat Malam !
Fatiha
AdminDBM





Wednesday 14 November 2012

New Tuneeca Urban Folklore

Assalamualaikum Semua. 

Harini kami nak kongsikan Tuneeca keluaran terbaru yang diberi nama "Urban Folklore" yang baru saja launching;) 

Untuk memesan, boleh ke FB kami (DBeauty OfMuslimah), 
tinggalkan PM ya. 
Atau boleh email ke dbeautyofmuslimah@gmail.com 
(BUKAN yahoo, please ya!) 
Atau SMS / Whatsapp ke 012-5466373 




















AdminDBM 

Thursday 1 November 2012

Harga Jualan Ephyra (berkuat kuasa 1 November 2012)



Salam Ladiesss! 

Di atas ni adalah Harga Jualan Ephyra yang berkuat kuasa pada tarikh hari ini iaitu 1 November 2012. Promosi-promosi sebelum ni dah tammmmattt tau. Thanks pada yang sempat ambil bahagian ^___^ 

On-going Promosi adalah untuk pembelian 2 kotak dan ke atas sahaja, iaitu RM 200.00 / kotak. Sekiranya belian 1 kotak, harga tetap adalah RM 228.00 sekotak termasuk penghantaran. Macam yang tertera dalam gambar di atas :) 

Uols, 
Tak rugi melabur untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita sendiri. Badan bertenaga, kulit badan dan kulit muka lembap (takda kering2, tumit tak merekah2), lebih mulus dan anjal, kuku berkilat, rambut sihat, tidur yang puas. Seriyess! 

Bagi yang nak mencuba, hubungi kami ya! ^___^ 


Fatiha 
AdminDBM 



Wednesday 24 October 2012

New Pre-Order hingga 15 Nov 2012 & EPHYRA Update ^___^


Salam Aidiladha semua ^_____^ 

Announcement !! 

Batch baru Pre-Order Baju Muslimah (Tuneeca/Zenitha/Azka/Toyusin/Ukhti/Qirani/Quenna/Calosa) 
dibuka hingga 15 November 2012 



EPHYRA available untuk diorder pada bila2 masa tau. InsyaAllah ;) 

---> Harga Jualan Biasa Ephyra : RM 228.00/kotak termasuk pernghantaran ke Semenanjung                                                                  
---> Harga Jualan DBM : RM 199.00/kotak termasuk penghantaran ke Semenanjung                                        
---> Kombo 2 box : RM 390 termasuk penghantaran ke Semenanjung                                           
---> Kombo 3 box : RM 570.00 termasuk penghantaran ke Semenanjung                                      
---> Trial Pack (10 pcs) : RM 75.00 termasuk penghantaran ke Semenanjung


Sedikit Testimoni Fatiha sendiri untuk dikongsi : 

Fatiha - Tanpa Make up (cuma pakai Johnson&Johnson Talcum Powder) 


Fatiha - dengan very LIGHT make-up (pakai compact powder & lipstick shj, takda foundation ya) 

Maaf ya, gambar2 ni diambil melalui handphone je, jadi memang ada perbezaan pencahayaan di setiap gambar. Tu sebab kejap nampak lebih cerah, kejap lagi dah nampak lebih gelap pulak. Apapun, Ephyra bukan produk pemutih kulit/muka. 

Awal Okt2012 :: sempat bergambar kat ofis :p masa ni pakai very light compact powder.
Ada jerawat betul2 kat tengah kening. bulan tengah mengambang ni :P 

Gambar kat ofis lagi, awal Oktober2012

Agak susah jugak Fatiha nak tunjukkan perubahan kat bahagian badan yang lain dalam blog ni (suami tak kasi, saya pun taknak;p), jadinya cuma dapat kongsi gambar muka sahaja walaupun Ephyra ni ada banyaaaaak kesan positif pada keseluruhan badan kita. Ephyra ni bukan untuk kulit muka semata2 tau ! 

Salam Aildiladha semua ^____^ 


Love, Love, Love, 
Fatiha
AdminDBM 
24 Oktober 2012 


Monday 1 October 2012

October Bonus! Its a BIRTHDAY BONUS!

** typo ** will be selling at ONLY RM 188 including postage! ** 

Love, 
Fatiha
AdminDBM 

Tuesday 18 September 2012

:: Ephyra :: Sihat dan Cantik bukan sekadar di luaran ::

Assalamualaikum Pelanggan D'Beauty of Muslimah! 

Fatiha nak perkenalkan sesuatu kepada khas untuk semua ni ;) 
Mungkin ada yang yang dah pernah dengar, dan mungkin belum pernah dengar, memandangkan produk ni boleh katakan baru di pasaran. 




Ephyra ni adalah minuman kesihatan yang bukan sahaja mengandungi kolagen tapi mengandungi 8 lagi ramuan untuk melengkapkan keperluan semua wanita dan lelaki. Ya, termasuk lelaki tau. Bukan wanita saja yang perlu cantik dan sihat, betul tak? 


Pada mulanya Fatiha cuma nak cuba dan gunakan sendiri, sempena dengan hari lahir ke-30 bulan Oktober nanti (padahal orang lain, umur 25 tahun dah makan kolagen) :P Rasanya patut sangat badan ni dibiasakan dengan pemakanan tambahan nak-nak bila usia dah bertambah. Disebabkan teruja dengan kesan selepas pengambilan Ephyra ni, jadi Fatiha nak share dengan semua pembaca blog D'Beauty of Muslimah sekalian ^___^


PENGALAMAN SENDIRI 

Saya sebelum berEPHYRA :p masa ni pakai bedak johnson, dan lip gloss. sambil menunggu tetamu datang beraya kat rumah.
KULIT MUKA ::: Sejujurnya, ikutkan memang kulit muka Fatiha takda banyak masalah, cuma (cuma konon!) tona kulit muka tak sekata dan sekali sekala bila bulan mengambang keluar jugak jerawat kecil2 satu dua butir. Oh ya, tak lupa jugak MATA PANDAdan garisan-garisan halus tepi2 mata:(( 

KULIT BADAN :: Kulit badan Fatiha amat-amat sensitif (pengakuan sebenar ni), kena gigit nyamuk pun berparut bagai nak rak, kena percik minyak lagilah teruk! sebab tu seboleh-bolehnya taknak garu mana-mana bahagian pada badan, sebab tak sanggup tengok parut makin lama makin bertambah. Kaki dan tangan pulak kering (ni sebab derhaka taknak makan sayur dari kecik, dah besar panjang baru pandai makan sayur), asyik berlosyen je. Adakalanya takda masa pun nak berlosyen beriya2, jadiknya memang kering! serius kering! :(( 

RAMBUT :: Bab rambut pulak. Taktahu lah berapa juta kali kena perli dengan suami sebab tiap kali dia menyapu rumah lebih banyak rambut dari habuk! Rambut Fatiha gugur tahap KRONIK. ya, kronik. Daripada rambut paras  pinggang, potong ke paras dada, dari paras dada potong ke bahu, dan sekarang dah pun ke paras leher saja. Masih tak hilang2 masalah RAMBUT GUGUR. 


STAMINA BADAN :: Lembik. Lemah longlai bila balik kerja. Macamlah kerja berat kena angkat cangkul di sawah bendang. Padahal kerja dalam air-cond! 


SISTEM PERKUMUHAN (hihihi, perkumuhan konon, pembuangan kot:p) :: Kadang-kadang meragam jugak, 2,3 hari taknak membuang. Kebiasaannya memang normal, ada kalanya je yang problem. 


OK. 
So, ada apa dengan Ephyra ni ? 


Soalan : Apa kandungan Ephyra? 
Jawapan : Kandungan Ephyra seperti di bawah :) 





Deep Sea Collagen

Kolagen adalah sejenis protein yang boleh didapati di semua bahagian tubuh, termasuk kulit. Kolagen dalam kulit anda menentukan kekuatan, kelembutan dan keanjalan. Penuaan menyebabkan jumlah kolagen berkurangan, menyebabkan kedut kelihatan. Dengan sains moden hari ini anda boleh mengembalikan kemudaan kulit anda melalui EPHYRA, yang hanya menggunakan kolagen tulen yang dihasilkan dari spesies ikan putih laut dalam dari PERANCIS.Ikan laut dalam umumnya bebas daripada pencemaran alam sekitar.
Acai Berry
Di dalam Ephyra, mengandungi acai berry ungu dari Amazon, yang merupakan buah keajaiban dengan khasiat yang sangat tinggi, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti kanser, anti-radang, menguatkan sistem kardiovaskular juga mengurangkan dan mengawal berat badan.Dengan khasiat yang kaya dengan antioksidan,ia dapat mengurangkan risiko kanser dan membantu melambatkan penuaan.Buah ajaib ini mengandungi omega6 dan omega 9 yang tinggi, dan kaya dengan serat pemakanan, dimana dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular dan saluran penghadaman serta membantu mengawal kadar kolesterol.

AcaciaGum

Gam akasia, juga dikenali sebagai gam arabic, adalah serat diet larut yang dibuat dari pokok akasia, yang tumbuh di iklim tropika dan sub-tropika. Di EPHYRA, kita menggunakan gam akasia yang berkualiti tinggi yang diimport dari Afrika. Amat berkhasiat untuk membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan.. Serat Acacia juga dikenali untuk membantu untuk membuang toksin berbahaya yang berkumpul dalam sistem pencernaan. Gentian menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses pencernaan.
L Gluthatione
L-Glutathione merupakan antioksidan larut air yang sangat tinggi yang biasanya dijumpai di dalam hati. Fungsi utamanya ialah untuk melawan radikal bebas, yang boleh menyebabkan penuaan dan juga kanser. L-Glutathione di dalam EPHYRA, mempunyai banyak manfaat, seperti keupayaan untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Di samping itu, L-Glutathione boleh menghalang pengoksidaan lemak, termasuk kolesterol, yang dijumpai dalam aliran darah. Oleh itu, risiko pembentukan plak pada arteri dapat dikurangkan. Ini adalah kelebihan yang penting kerana tersumbat arteri boleh menyebabkan strok dan masalah jantung.Selain itu, fungsinya adalah untuk mengurangkan kesan penuaan. Ia boleh membantu untuk memperbaiki kulit anda menjadi lebih licin dan kelihatan lebih muda.
Asthaxanthin
Astaxanthin adalah Antioksidan Alam yang sangat kuat dan biasanya ditemui dalam mikroalga, yis, salmon, krustasia atau pada tumbuhan laut dalam.
Antara manfaat astaxanthin adalah antaranya merupakan ubat yang amat berkesan untuk semua jenis pemulihan otot,siku tendon, sendi dan sakit otot dan arthritis. Di samping itu, dapat mengurangkan kedut dan garis garis penuaan, meningkatkan tahap kelembapan kulit serta mengembalikan keanjalan, seterusnya menjadikan kulit anda cantik dan berseri.

Tomato Powder

Serbuk tomato mengandungi banyak vitamin A dan C, kebanyakannya kerana beta-karotena dan vitamin ini bertindak sebagai antioksidan, berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya di dalam aliran darah. Ia juga membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula dalam darah mereka. Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,malah ia sangat bagus untuk mata, gigi dan tulang. Kalium dan vitamin B dalam tomato turut membantu menjadikan tekanan darah lebih rendah dan boleh menurunkan paras kolesterol yang tinggi. Dengan itu,ia boleh membantu mencegah strok, serangan jantung dan penyakit masalah jantung.
Acerolla Cherry
Mungkin sumber terkaya vitamin C antara banyak buah-buahan, acerolla ceri sangat popular untuk manfaat kesihatan. Ia adalah antioksidan buah-buahan tropika yang ditanam kebanyakannya di Caribbean, Brazil, Peru, Mexico, dan di India. Kandungan vitamin C satu ceri kecil adalah 65 kali ganda lebih tinggi berbanding yang terdapat dalam oren. Oleh itu, ia boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan hati anda, memperbaiki keadaan kulit , dan meningkatkan keupayaan badan anda untuk memulihkan tisu dengan cepat. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam acerolla ceri juga dapat membantu menghasilkan kolagen semulajadi dalam badan anda seterusnya menghasilkan kulit yang sihat, cantik dan nampak muda.
Marigold Flower Extract
Marigold mengandungi pelbagai karotenoid antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya. Pengambilan antioksidan yang tinggi membantu memulihkan kerosakan radikal bebas.
Ekstrak bunga marigolds sangat berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang dimana antara kegunaannya ialah dalam merawat masalah jerawat, lepuh, terbakar, luka, ruam lampin, ekzema, luka terbuka.Ia juga berkesan untuk menstabilkan kelembapan pada kulit anda, dan ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering atau sensitif.

Superberry.

Superberry diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi. Ia mengandungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas. Ia juga adalah sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium. Kelebihan Superberry di dalam Ephyra adalah untuk kesihatan yang menyeluruh terutamanya meningkatkan sistem imunisasi individu.

Kelebihan EPHYRA
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  3. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  4. Formula anti penuaan yang berkesan
  5. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  6. Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi
  7. Melancarkan system pencernaan dalam badan
  8. Mengurangkan kadar kolesterol
  9. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  10. Meningkatkan system imunisasi anda
  11. Mengatasi masalah imsonia
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme
  13. Melegakan sakit dan radang sendi
  14. Menjaga kesihatan kardivaskular


Harini, genap 16 hari Fatiha dengan Ephyra. Alhamdulillah tak pernah miss minum lagi. dan, terasa kesan positifnya sejak hari kedua gunakan Ephyra. 


Apa yang perubahan yang Fatiha rasa ? 


1. First sekali saya notis, pembuangan sangat2 lawas. Sehari boleh dua kali buang air besar tanpa paksaan. hehe. Best tau bila lawas. 

2. Kemudian, yang ketara adalah guess whatt?? RAMBUT !! Rambut rasa lembut, memang serius lembut. Sebelum ni rambut kejong je satu macam, ini siap sikat2 tapi masih jatuh2 di dahi. Dan, SHINY jugak! Nampak bermaya! dan yang paling penting, RAMBUT GUGUT AMATLAH KURANG SANGAT. Masih ada yang gugur, tapi sangat2 kurang! Puas hati! 

3. Kulit Badan - Kaki dan tangan Fatiha dah tak kering! Dah tak putih2 bila digaru ataupun cuba di scratch. Nampak bermaya. Nampak sihat. Di bahagian2 tertentu (breast, hips) memang terasa lebih firm (anjal). ini pujian dari suami:p 


Gambar kat opis jumaat lepas.
Siap bawak turun spec sebab nak tgk mata panda ada kurang ke tak! 
4. Kulit Muka - Nak jadi cerita timbul pulak jerawat betul2 atas hidung dan bawah dagu masa awal2 minum Ephyra haritu, kebetulan bulan pun dah nak mengambang! Sekarang ni jerawat dah kering, dan Fatiha nak tunggu berapa hari parut tu boleh hilang! Yang bestnya, pipi nampak kemerah-merahan! hihi. Kemudian, kulit jadi firm dan lembut (terpaksa puji diri sendiri kejap, sebab mmg betul Fatiha rasa perubahan ni;p) 




Gambar kat opis hari jumaat lepas jugak.
Pakai compact powder 1 layer nipis sahaja. takda foundation. pakai lipstick 1 layer. 
5. Kuku - Kuku nampak sihat. Bersinar, pink merah elok je. Kilat. 

6. Stamina - Alhamdulillah, Fatiha bertenaga. Siang sampai ke malam maintain tak lembik. 

7. Tidur - MasyaAllah tidur adalah SANGAT2 lena. Dan SENANG BANGUN PAGI. badan ringan je, takde nak malas2. No Monday Blues!! Kehkehkeh. Serius!  

The latest picture petang semalam (16/9).
Bercelemuih baru sampai Ipoh dari KL, singgah rumah mak mertua.
Hanya pakai bedak johnson&johnson masa bersiap kat KL,
tak touch-up apa2 langsung dah lepas tu. 


SOALAN : Macamana rupanya Ephyra ni ? Rasanya? 
JAWAPAN : Gambar di bawah . Rasanya masam manis macam tutti frutti, macam air asam boi pun ada ;) 


1 kotak Ephyra ada 30 sachet. Kotaknya keras, cantik. Sayang nak buang! 

Sachet Ephyra dalam kotak

Very nice kan. 
1 sachet of Ephyra, 15g 


  • SOALAN PENTING : Halal ke Ephyra ni? 
  • JAWAPAN : HALAL, disahkan oleh JAKIM. 



SIJIL HALAL JAKIM


  • SOALAN : Macamana caranya nak minum Ephyra ni? 
  • JAWAPAN : 1. Minum awal pagi (sebelum sarapan, ketika perut kosong atau selepas sarapan jugak boleh) atau sebelum tidur malam. 2. Boleh amalkan 1 kali sehari, atau 2 kali sehari. 3. Buka sachet dan tuangkan ke dalam 200ml air kosong / air sejuk / susu sejuk 4. Kacau hingga larut 5. Minum  Senangkan! 


  • SOALAN : Apa pantang larang minum Ephyra ni ? 
  • JAWAPAN : Takda pantang larang apa. Cuma kena banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 Liter (atau 8 gelas), untuk membenarkan ramuan2 Ephyra di atas membuat kerja mereka dengan efisien dalam badan kita. Tanpa air yang cukup, makan produk apa pun (slimming, collagen etc) memang tak jalan! Dan lagi satu, pantangnya adalah jangan bancuh dengan air panas! 


  • SOALAN : Ada healing crisis ke lepas minum Ephyra ni? 
  • JAWAPAN : Healing crisis bergantung pada tahap penerimaan individu terhadap kandungan dalam Ephyra. Bagi yang terasa pening atau berpusing kepala, mungkin boleh cuba lebihkan minum air, atau cuba jangan minum Ephyra dalam keadaan perut kosong. Begitu juga kalau ada yang sembelit, cuba lebihkan minum air. 


  • SOALAN : Ada kesan sampingan (side-effect) ke bila minum Ephyra ni? 
  • JAWAPAN : Tiada kesan sampingan, kerana Ephyra diperbuat dari bahan semulajadi, malah ianya selamat digunakan dalam jangka masa yang panjang. 


  • SOALAN : Seawal mana kesan Ephyra boleh dirasai oleh pengguna? 
  • JAWAPAN : Ianya bergantung pada individu, ada yang seawal minggu pertama dah terasa kesannya. Bagaimanapun, amalkan sekurang-kurangnya sekotak Ephyra iaitu selama 1 bulan, pengguna akan terasa kesan yang menyeluruh. 


  • SOALAN : Boleh naik berat badan ke bila minum Ephyra ni? 
  • JAWAPAN : InsyaAllah tidak. Malah mungkin turun berat badan disebabkan ramuan yang tinggi dengan anti-oksida, walaupun Ephyra bukan produk pelangsingan badan! 


  • SOALAN : Adakah Ephyra boleh diminum oleh lelaki? 
  • JAWAPAN : Sudah tentu boleh, siapa kata ianya hanya untuk wanita :) 



  • SOALAN : Dari mana saya boleh beli Ephyra ni? 
  • JAWAPAN : Boleh dapatkannya dari FATIHA, ya SAYA! :) 
  • Hubungi saya di 012-5466373
  • Email di dbeautyofmuslimah@gmail.com atau 
  • PM saya di FB DBeauty OfMuslimah. 

  • SOALAN : Berapa harga 1 kotak Ephyra ? 
  • JAWAPAN : Harga jualan 1 kotak Ephyra adalah RM 228.00 termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia, untuk Sabah Sarawak dan luar negara boleh hubungi kami. 
  • Pihak kami juga menyediakan pakej untuk memastikan pelanggan kami dapat penjimatan lebih. Hubungi kami okehh ^_^
  • Loose Pack : 10 Sachet Ephyra - RM 75.00 termasuk kos penghantaran 
  • Yang berminat untuk tambah pendapatan seperti jadi Agen Dropshipper pun dialukan, jangan malu hubungi kami, tak kena bayar pun kan kalau bertanya;) 


Love, love, love 
Fatiha
AdminDBM 










Sunday 16 September 2012

Pre-Order Baru Batch 30 September 2012



Salam Hujung Minggu semua;) 


Harap semua gembira dgn keluarga tersayang 
hujung2 minggu mcm ni. 
Admin nak minta maaf sbb belum berpeluang jawab 
semua email dan PM serta SMS sbb sibuk sgt dgn komitmen kerja dan 
kenduri2 keluarga hujung2 minggu ni. 



InsyaAllah mulai Esok (Isnin) kami akan 
cuba balas satu persatu ya! 



Dannnnn.... Berita baik utk semua pelanggan, 
agen dropshipping serta agen borong.... 



Pre Order batch baru dibuka sekarang 
hingga 30 September untuk SEMUA KOLEKSI 
ZENITHA / UKHTI / QIRANI / TUNEECA / AZKA / QUENNA / TOYUSIN / UMMY SARIMBIT / MAHASTI 



InsyaAllah kami juga akan 
masukkan beberapa koleksi baru minggu hadapan! Stay tuneeed tauu ^___^



Email : dbeautyofmuslimah@gmail.com 
FB : DBeauty OfMuslimah
No Tel : 012-546 6373 


Rgds, 
Fatiha,AdminDBM 

Monday 6 August 2012

Nantikan Tuneeca "Lady Marmalade" pada 7 Ogos 2012



Salam Nuzul AL-Quran semua! 
Selamat bercuti bagi negeri2 yang bercuti;) 

Be alert ya dengan New Collection Tuneeca yang diberi nama "Lady Marmalade" ni. Kali ini Tuneeca tampil dengan koleksi "Sarimbit". 
Sarimbit tu maksudnya sepasang baju lelaki dan perempuan^^ 


Pihak kami ingin umumkan bahawa Pre-Order akan dibuka untuk Koleksi Tuneeca serta koleksi2 DBM yang lain hingga 15 Ogos 2012. InsyaAllah ETA pada awal September. Masih boleh melaram dengan Tuneeca untuk ke rumah-rumah terbuka sempena Syawal nanti^^ 



P/S : Agen2 borong, Agen2 dropshipper kami, please be alert okehh!! ^__^ 

Salam Ramadhan, 
Fatiha
AdminDBM