DBM Updates!

Assalamualaikum! Updates dari AdminDBM :


@@@ WE ARE BACK! Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah !

@@@ PRE ORDER DIBUKA HINGGA 25 MEI 2013 UNTUK SEMUA KOLEKSI. SILA RUJUK ENTRY TERBARU KAMI UNTUK PROMOSI BULAN MEI !

@@@ EPHYRA pula ada harga baru yang lebih berbaloi2 tau, hanya RM 197 sekotak, berbanding RM 228 dahulu! InsyaAllah available setiap masa, ready to deliver to your door step ^___^

*** Harap para pelanggan boleh ke FB kami untuk mengetahui koleksi terkini, harga, produk info serta promosi terkini kami. FB lebih user-friendly;)

FB : DBeauty OfMuslimah


* Untuk 100 Rakan Terawal di FB kami, jangan lupa sertakan KUPON RM10-OFF anda!;)

Tuesday 22 March 2011

FAQ

Q:  Dari mana datangnya produk-produk D'Beauty of Muslimah ini?
A:  Sudah tentulah dari Indonesia. Kami pemborong yang sah:)


Q:  Apa ada dengan produk Indonesia? Produk tempatan takda ke?
A:  Produk Indonesia sememangnya terkenal dengan sulaman, kemasan, jahitan dan design yang terkini. Bukan di Malaysia tiada Busana Muslimah, tetap ada. Tapi ada keunikan dan kelainan dengan buatan Indonesia ini. Kalau tidak, masakan orang di Malaysia tidak putus-putus membeli belah di Bandung, Bukit Tinggi, Surabaya dan Jakarta saban hari kan? Kami harap dapat memudahkan para pelanggan yang tiada kesempatan untuk ke sana supaya masih boleh membeli belah dan merasai kualiti fabrik dari Indonesia. Anda juga tak payah menanggung risiko berurusniaga dengan penjual luar di internet dan memikirkan bagaimana urusan pembayaran dan penghantaran yang sudah tentu mahal kerana membeli runcit, itu belum lagi masuk Duti Import yang dikenakan Kastam. Di sini, kami uruskan semuanya, terus ke muka pintu anda:-)


Q:  Harga tidak boleh kurang lagi ke?
A:  Untuk belian runcit iaitu 1 atau 2 helai, kami tidak dapat dah nak bagi kurang. Kecuali ada promosi yang sedang berlangsung. So, be alert okeh!!:) Kalau belian borong, insyaAllah ada lagi diskaunnya, jangan risau, boleh email saya, email2 bertanya bukan kena bayar pun kan?;) hikss ^_^


Q:  Mahalnya t-shirt muslimah di sini, ada yang mencecah RM60.00 sehelai!!
A:  Begini, kami tampilkan pada anda semua design t-shirt Indonesia yang diperbuat dari kain cotton bermutu tinggi, designnya pun yang terkini. Selain itu yang PALING ketara sekali, setiap motif atau corak pada setiap t-shirt tersebut BUKAN printed ya kawan2, sebaliknya dijahit atau disulam satu-persatu. Kami sedia maklum tentang harga pasaran t-shirt muslimah buatan Malaysia yang lebih murah sedikit, tapi semuanya printed! tidaklah pulak salah beli yang printed, masih menutup aurat dan cantik dipakai, tapi nampak biasa dan tiada kelainan! ingat tau, t-shirt muslimah di D' Beauty of Muslimah BUKAN printed ya, bagi hanya yang inginkan KELAINAN! itu keywordnya! hikss ^_^ 


Q:  Jubah dan blouse buatan Indonesia ok ke? Fancy sangat jee!!
A:  Seperti yang kami terangkan tadi, Indonesia mendahului kita dari segi fesyen, jadi tidak hairanlah design Jubah dan blouse memang design yang terkini. Tengok sajalah gaya-gaya model tersebut. Fancy kan? hehe. Sama seperti tshirt muslimah tadi, Jubah dan Blouse juga BUKAN printed design. Ianya sarat dengan sulaman dan jahitan. Itu yang buat kita tertawan kan? Bagi yang kurang menggemari design yang fancy, masih ada design yang sesuai untuk anda. Terlalu baaaanyak pilihan. Pilihlah ikut selera masing-masing. 


Ok, insyaAllah kami akan sedaya upaya ambil gambar dan upload setiap busana yang kami tampilkan supaya lebih dekat di hati anda! buat masa ini anda bolehlah tengok di ruangan Arrival ya, ada sedikit gambar2 new arrival untuk tatapan para pelanggan, itupun bukan semua sempat diambil. Kami akan update dari semasa ke semasa, maaf yer kalau ada yang rasa tak puas melihat, maklumlah kami bekerja dari 8am-5pm, jadi masa amatlah terbatas:-) 


Q:  Tak boleh bayar ansuran ke?
A:  Untuk jualan ONLINE, buat masa ini pihak kami masih belum membenarkan bayaran ansuran. Namun untuk jualan OFFLINE kepada pelanggan terdekat kami, ianya boleh dipertimbangkan. 






No comments:

Post a Comment