Assalamualaikum Lovely Muslimah!!
Lamanya tak bersua. Maaf ya, Admin agak busy menjelang aidilfitri yang lepas. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin untuk semua pelanggan kami. Jemput datang ke rumah beraya yer kalau ada kesempatan ke Ipoh;)
Apapun, alhamdulillah, semua pesanan yang dijanjikan diterima sebelum cuti hari raya telah sampai ke tangan masing-masing.
Update Pesanan Pre-Order :: Batch terakhir iaitu closed pada 20 Ogos ::
- Item Toyusin, Zenitha, Ukhti dah selamat sampai ke tangan saya dan akan diposkan InsyaAllah hari Isnin ni (12 September)
- Item Tuneeca masih dalam perjalanan, dan seperti dijanjikan, insyaAllah akan tiba pada 16 September nanti :)
Next Pre-Order??
Pre-order kali ni AdminDBM akan buka hingga 20 September nanti. Pesanan dibuka untuk semua koleksi kami (Tuneeca, Toyusin, Zenitha, Ukhti, Qirani).
ETA ke tangan pelanggan insyaAllah selepas 5 Oktober, insyaAllah.
Kenapa 5 Okt?
Sebab InsyaAllah kalau takda aral AdminDBM akan ke Indonesia untuk ke kilang & dapatkan stok untuk yang kesekian kalinya..dan bercuti sekaligus hehe! Ke Indonesia ni, kalau dah sekali termula, bila ada je masa terluang pasti nak lagi ke sana, tambah pulak bila dah ada bisness network kan;)
Jadi, bagi mereka yang nakkan item yang Ready Stok boleh jenguk blog kami selepas 5 Oktober nanti yaaa!;) Pastinya yang fresh from farm, eh, Indonesia;)
Untuk yang berminat borong dan agen borong yang berhajat untuk tambah stok pula , boleh maklumkan kami bila-bila masa Pembelian secara borong takda closing date ya, Admin akan proceed asap;)
Ikhlas Syawal,
AdminDBM
No comments:
Post a Comment